Khamis, 20 Oktober 2011

Peranan Zoo Negara


Antara kepentingan Zoo Negara kepada kita ialah :

1. Sebagai institusi pendidikan.

Melalui fungsi pendidikan, sesebuah zoo cuba membekalkan kepada orang ramai maklumat mengenai haiwan sama ada secara:
  (i) langsung daripada pemerhatian
terhadap haiwan melihat kaitan antara habitat yang telah dibina dengan haiwan yang mendiami habitat itu atau kaitan dan perbandingan yang dapat dibuat dengan haiwan yang ditempatkan berhampiran dengannya atau sifat-sifat haiwan itu sendiri. 
  (ii) menggunakan bahantara
seperti media penyampai maklumat yang berupa papan tanda di penempatan haiwan dan kawasan pameran, tayangan slaid serta pameran ilustrasi. 
  (iii) gabungan kedua-dua teknik
Matlamat pendidikan zoo adalah supaya masyarakat lebih mengetahui nilai-nilai sejati haiwan. Kesedaran ini penting sebagai langkah melindungi kehidupan haiwan liar yang kian terancam dan semakin pupus. 

2. Sebagai pusat pengumpulan dan perlindungan haiwan. 

Bagi melaksanakan tugas ini 200 seharusnya mampu menjaga keselamatan dan kesihatan haiwan dengan menyediakan penempatan yang sesuai dengan habitatnya. Kakitangan yang cekap dan kemudahan-kemudahan seperti klinik haiwan, dapur bagi penyelenggaraan dan penyimpanan bekalan makanan, pusat kuarantin haiwan yang sakit atau yang baru diterima dan pusat pembiakan haiwan membantu perlaksanaan fungsi ini. Matlamat zoo adalah bagi melindungi spesis haiwan yang bilangannya semakin berkurangan akibat kemusnahan habitat asal serta kegiatan peraburuan haiwan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan