Rabu, 19 Oktober 2011

Kerja Sukarelawan

Kerja sukarela ini terbuka kepada golongan yang berumur 16 tahun dan ke atas. Sebagai seorang sukarela, anda perlu dengan hati yang terbuka menerima apa sahaja tugas yang akan diberikan kepada anda sepanjang masa 8 jam pada hari tersebut, bermula pada jam 8.30 pagi.

Bahagian yang memerlukan sukarelawan :           
- Promosi
- Kajian                                                            
- Pengayaan                                                    
- Hortikultur
- Fotografi
- Reka bentuk grafik

Bantuan juga diperlukan di bahagian:                     
- Orang Utan
- Akuarium
- Burung
- Beruang
- Persembahan
- Reptilia
- Taman Kanak-kanak

Pendaftaran untuk menjadi ahli sukarela :
Borang sukarela perlu diisi dan dihantar ke Jabatan Pelajaran Zoo Negara. Borang boleh didapatkan dari Zoo Negara atau boleh dicetak dari borang sukarela dan dihantarkan ke alamat :
Jabatan Pelajaran
Zoo Negara
Hulu Kelang
68000 Ampang
Selangor, Malaysia.
Sekiranya anda berumur 18 tahun dan ke bawah, kebenaran ibu bapa diperlukan.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Jabatan Pelajaran Zoo Negara (+603-41082219) atau emel di alamat :meducation@zoonegaramalaysia.my.

1 ulasan: