Khamis, 20 Oktober 2011

Sikap yang perlu ada pada seorang remaja dalam mengekalkan zoo negara

BERTANGGUNGJAWAB
- Remaja bertanggungjawab untuk bersama-sama dalam penjagaan haiwan-haiwan yang berada di zoo.
- Memupuk generasi kita agar sentiasa prihatin dan bertanggungjawab dalam pengurusan fauna dengan baik.
- Tidak merosakkan papan kenyataan di dalam kawasan zoo negara.

BEKERJASAMA
-  Dapat memupuk semangat bekerjasama sesama sendiri dan seterusnya dapat menyelesaikan masalah fauna dan persekitaran dengan jayanya.
- Sikap bekerjasama seharusnya diserapkan di dalam diri remaja agar mereka melakukan sesuatu kerja dengan bersungguh-sungguh dan teratur seperti aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan zoo.

SIKAP MENGHARGAI
- Memupuk sikap menghargai haiwan-haiwan yang unik dan remaja dapat menikmati serta sedar akan kepentingan fauna kepada manusia.
- Menghargai pemberian Tuhan yang memberikan kita peluang untuk menikmati keindahan rimba yang dihuni oleh haiwan-haiwan tersebut yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit.
-  Menghargai hidupan di persekitaran kita.

KASIH SAYANG
- Mencintai fauna dan tidak memusnahkannya sewenang-wenangnya.
- Melindungi fauna.
- Menyayangi binatang.
- Memelihara haiwan-haiwan tersebut demi kesejahteraan hidup.

BERANI
- Sanggup dan sedia melakukan sebarang aktiviti yang diberikan.
- Tabah menghadapi cabaran-cabaran yang akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan